6/23/2009

PRODUCTS - Optimizers


PROFLAVANOL

  • Formula antioksidan berdasarkan kombinasi sinergi antara biji anggur bioflavonoids dan POLY C.
  • Dicipta dan dihasilkan berdasarkan garis panduan.
Kita memerlukan okigen untuk penghasilan tenaga yang berkesan dan untuk fungsi metabolisme badan. Sebaliknya oksigen, yang wujud dalam pelbagai bentuk kimia dan yang diberi nama ROS, iaitu "spesies oksigen reaktif" adalah racun kepada kepada sel dan tisu badan. Keterlaluan pendedaha kepada ROS akan menimbulkan ketidakseimbangan fisiologi yang dikenali sebagai tekanan pengoksidaan.

Radikal bebas dan spesis oksigen reaktif akan menyerang sel kita. Satu daripada cara terbaik untuk mengatasai masalahserangan ini adalah dengan mempertahankan badan kita dengan antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas ini

Proanthocyanidins (sejenis bioflavonoids) yang berbentuk ekstrak biji anggur merupakan antara pebangkai radikal bebas yang kuat yang dijumpai.

PROFLAVANOL merupakan senjata utama dalam gedung antioksidan badan. USANA menggunakan ekstrak biji anggur yang paling bermutu. Setiap PROFLAVANOL mengandungi 30mg ekstrak biji anggur yang menawarkan perlindungan antioksidan yang sepatutnya.
  • Dua tablet setiap hari.
  • Jauhi daripada kanak-kanak.


COQUINONE


  • Mengandungi CoQ10 dan asid alfa lipoik dalam formula bioberkesan yang tinggi.
CoQ10 merupakan bahagian yang amat penting dalam rangkaian penghantaran elektron yang digunakan untuk menghasilkan ATP. Kemudiannya ATP akan disentesis dan digunakan oleh setiap sel dalam badan. Sel yang memerlukan tenaga yang paling tinggi akan mengandungi tahap CoQ10 yang paling tinggi.

Asid Alfa Lipoik (DHLA) juga terlibat dalam metabolisme tenaa mitokondriol, dan penggunaan semula CoQ10 teroksida. Sistem ini juga membantu menghasilkan semula dan menggunakan semula antioksidan yang lain, termasuklah vitamin E dan C dan gluthione.

Komitmen USANA terhadap kualiti, yang menggunakan hanya ramuan yang terbaik dalam kuantiti dan formulasi yang betul untuk bioberkesan yang optimum boleh dilihat dengan jelas dalam COQUINONE. COQUINONE mengandungi cukup 30mg CoQ10 dan12.5mg asid alfa lipoik dalam setiap kapsul gel lembut.

COQUINONE adalah bioberkesan yang telah diuji di makmal dan memenuhi spesifikasi USP untuk keseragaman dan penyepian. COQUINONE dapat membekalkan CoQ10 secara pantas dalam kuantiti yang jauh lebih tinggi.
  • Memakan satu atau dua butir kapsul COQUINONE setiap hari, lebih baik bersama hidangan.


BIOMEGA

  • Cara yang cemerlang untuk memastikan anda memperoleh asid lemak omega-3 yang sihat dalam diet anda.
  • Membekalkan minyak ikan ultratulen yang bebas daripada logam berat dan pencemar organik.
BIOMEGA dihasilkan daripada ikan laut dalam berair sejuk. Kaya dengan dua jenis asid lemak tidak tepu omega-3 yang penting iaitu asid eikosapentonik (EPA) dan asid dokosahexanoik (DHA). Asid lemak EPA dan DHA memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kardiovaskular, untuk pertumbuhan dan perkembangan saraf yang optimum, serta kesihatan sendi.
  • Empat kapsul setiap hari pada jarak waktu yang sama.
  • Jauhi daripada kanak-kanak.


POLY-C

  • Menawarkan penokok vitamin C maju berpandukan sebatian mineral askorbat milikan USANA.
  • Setiap tablet mengandungi 600mg vitamin C untuk tujuan perlindungan antioksidan.
POLY-C adalah suatu sebatian mineral askorbat-ia merupakan rahsia kami untuk penokok vitamin C-ia dapat membekalkan tahap vitamin C yang lebih tinggi di dalam darah.

POLY-C merupakan rumusan yang seimbang antara mineral askorbat dan aktiviti vitamin C. Dengan cara memanfaatkan askorbat yang pelbagai, USANA dapat mempengaruhi cara badan mengekalkan tahap vitamin C. Suatu kajian dalaman telah menunjukkan bahawa apabila sekiranya jumlah vitamin C yang sama diberikan, sama add POLY C atau asi askorbik, maka POLY-C akan memberikan tahap vitamin C yang lebih tinggi dalam serum darah, dan tahap yang lebih tinggi itu juga dapat bertahan lebih lama.
  • Satu tablet setiap hari.
  • Jauhi daripada kanak-kanak.


PROCOSA II

  • Sejenis penambah untuk rawatan osteoartritis.
  • Membekalkan glukosamin sulfat untuk mengekalkan kesihatan sendi yang optimum.
Setiap hari sendi kita terpaksa menahan tekanan besar daripada pelbagai aktiviti fizikal, seperti berjalan, mengangkat barang, dan menaip. Tanpa mengambil kira penggunaannya yang berat dan kerap, kita tidak pernah menjaga sendi kita, malahan mengharapkan sendi kita sentiasa berfungsi tanpa sebarang masalah.


Rawan merupakan lapisan perlindungan yang melindungi dan melincirkan sendi kita. Tahun demi tahun, rawan dalam sendi kita makin hari makin tipis disebabkan aktiviti fizikal harian. Badan kita membina rawan apabila ia suda haus dan menggantikan cecair sinovail penyerap-kejut, supaya sendi kita sentiasa dilindungi. Atas pelbagai faktor, penghasilan rawan baru dan cecair sinovail mungkin kurang daripada yang diperlukan. Disebabkan pembekalan darah yang lemah, luka pada rawan artikel tidak sembuh pada kadar yang sama sebagaimana tisu lain dalam badan; jadi rawan akan dibina semula dengan lambatnya. Juga apabila komponen baha tidak mencukupi, maka penyembuhan daripada kerosakan juga akan bertambah lambat lagi.

Glukosamin, sejenis gula amino, merupakan pelopor penting dalam biosintesis rawan. Secara khususnya, ia merupakan blok pembinaan untuk proteoglikans-iaitu molekul protein yang mengandungi karbohidrat terikat tinggi. Proteoglikans dan kolagen membentuk sebahagian besar matriks rawan*. Proteoglikans adalah diperlukan untuk rawan yang sihat sebab mereka mengikat air yang melicinkan dan melincirkan sendi*. Glukosamin juga merangsang pengeluaran sinovial asid hialuronik yang bertanggungjawab untuk fungsi pelicinan dan penyerapan kecutan cecair sinovial*.

PROCOSA II merupakan formula bertindak segera bagi USANA untuk kesihatan sendi yang mana telah diuji di makmal, dan memenuhi spesifikasi USP untuk potensi, keseragaman dan penyapaian di mana perlu. Setiap tablet mengandungi Glukosamin Sulfat bersamaan ddengan Glukosamin 300mg.
  • Memakan satu atau tiga kali sehari, lebih baik bersama hidangan.


ACTIVE CALCIUM PLUS

  • Kalsium dapat mengurangkan risiko osteoporosis
  • Baik untuk kesihatan tulang
  • Mengandungi kalsium, magnesium, silikon, dan vitamin D untuk memenuhi keperluan zat
  • Formula diuji di makmal
ACTIVE CALCIUM PLUS adalah formula untuk pembinaan tulang yang dirumus secara teliti. ACTIVE CALCIUM PLUS mengandungi mengandungi jumlah kalsium sitrat & karbonat, magnesium dan vitamin D yang tinggi, untuk memastikan pemineralan yang betul.

Sekiranya kita tidak mendapat kalsium yang mencukupi daripada diet harian, maka badan kita akan memperolehinya daripada tulang kita, ini akan menyebabkan kalsium dalam tulang kita semakin merosot.

Magnesium adalah sejenis mineral asas yang membetuk lebih kurang 0.05% daripada berat badan. Sama seperti kalsium, ia juga sejenis komponen yang penting untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Magnesium adalah diperlukan untuk metabolisma karbohidrat dan asid amino.

Vitamin D juga mempengaruhi penggunaan fosforus, iaitu sejenis lagi mineral penting untuk membina tulang yang kuat.

Silikon memberi kestabilan kepada semua tisu penyambung badan dan ia adalah penting untuk penggunaan kalsium yang betul. Silikon merupakan kunci pemineralan kalsium matriks tulang.

ACTIVE CALCIUM PLUS merupakan faktor yang kuat untuk pemeliharaan tulang yang kuat. Di samping kofaktor yang penting bagi kesihatan tulang ssaperti magnesium, vitamin D, silikon.
  • Memakan empat tablet setiap hari pada masa yang berlainan.
  • Jauhi dariapada kanak-kanak.


VISIONEX

  • Mengandungi lutein iaitu antioksidan yang membantu untuk mengurangkan radikal bebas yang berbahaya dalam tubuh.
  • Member viatmin C dan zink selaku penokok tambahan.
Lutein adalah karatenoid, iaitu sejenis koloran (Colorant) atau pigmen, yang terdapat pada sayuran yang berdaun hijau gelap dan pelbagai buah serta bijirin. Kebanyakan karatenoid mempunyai ciri-ciri antioksidan. Diringkaskan, lutein adalah sejenis antioksidan yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan manusia.

Vitamin C memberi perlindungan antioksidan tambahan. Badan kita memerlukan vitamin C untuk melawan radikal bebas.

Zink berfungsi sebagai antioksidan ang diperlukan untuk memelihara kesihatan struktur tulang, membantu mempertahankan fungsi imun, dan memelihara daya penglihatan yang baik.
  • Dua tablet setiap hari, dicadangkan bersama hidangan.
  • Jauhi daripada kanak-kanak.